Simpulan Bahasa 成语
Kata | Maknanya |
1. ada angin | berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika . |
2. ada hati | mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu |
3. air muka | rupa atau wajah seseorang |
4. ajak-ajak ayam | tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang |
5. ada bakat | mempunyai tokoh atau perwatakan |
6. alas perut | makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan |
7. anak angkat | anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri |
8. anak bapa | anak yang disayangi oleh bapa |
9. anak buah | orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara |
10. anak emas | anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya |
11. angkat kaki | meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab atas angin negara-negara di sebelah barat |
12. atas pagar | tidak menyebelahi mana-mana pihak |
13. ayam tambatan | orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan |
14. bahasa pasar | bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya |
15. banyak mulut | orang yang banyak bercakap |
16. batu api | orang yang suka menghasut |
17. batu loncatan | sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati |
18. bau-bau bacang | tali persaudaraan yang jauh |
19. bawah angin | negara-negara di sebelah timur |
20. bekas tangan | hasil kerja tangan seseorang |
21. beralih akal | berubah fikiran atau pendapat |
22. beralih angin | pergi ke sesuatu tempat untuk berehat |
23. berat hati | enggan; malas |
24. berat mulut | pendiam atau tidak suka bercakap banyak |
25. berat tulang | orang yang malas bekerja |
26. berat sebelah | tidak berlaku adil |
27. berbelah bagi | sukar untuk membuat keputusan |
28. berhati batu | degil dan sukar menerima nasihat |
29. berhutang budi | patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga |
30. bermuka dua | tidak jujur |
31. bertikam lidah | bertengkar; berdebat |
32. besar hati | bergembira atau berbangga akan sesuatu |
33. besar kepala | degil; sukar menerima pandangan orang lain |
34. buah hati | orang yang dikasihi atau dipuja |
35. buah mulut | sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai |
36. buah tangan | hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang |
37. bulat hati | bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad |
38. buruk siku | mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain |
39. buta hati | tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam |
No comments:
Post a Comment