Kata Bantu助词
-digunakan untuk menjelaskan kata kerja dan ditulis sebelum kata kerja.Ia boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu
A)Kata Bantu Aspek
-memberitahu sama ada perbuatan itu sudah, sedang atau belum dibuat atau masa hadapan. Bentuk-bentuk kata bantu ialah telah, baru, pernah, sedang,
masih, akan dan belum.
Kata Bantu Aspek | Maksud | Contoh Ayat |
Telah, sudah, pernah | Menunjukkan perbuatan yang telah berlaku. | 1. Kami sudah membaca buku itu. 2. Dia pernah bekerja di kedai itu. |
Sedang, masih, tengah | Menunjukkan perbuatan yang sedang berlaku. | 1. Khairi sedang menunggu kawannya di perhentian teksi. |
Akan, belum | Menunjukkan perbuatan yang akan berlaku. | 1. Mereka akan bertolak ke Pahang pada esok pagi. |
B) Kata Bantu Ragam.
- bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan seperti hendak, mahu, harus, mesti, boleh dan dapat.
Kata Bantu Ragam | Maksud | Contoh Ayat |
Hendak, mahu, ingin. | Menunjukkan sesuatu keinginan atau tujuan. | 1. Dia hendak membeli sebuah motosikal. |
Harus, mesti, perlu, wajib | Menunjukkan perbuatan yang mesti dilakukan. | 1. Murid-murid harus mematuhi peraturan sekolah. 2. Setiap warganegara mesti menjaga kebersihan alam sekitar. |
Boleh, dapat | Menunjukkan keupayaan membuat sesuatu. | 1. Kassim dapat mengangkat batu yang berat itu. |
Mungkin | Menunjukkan perbuatan kebarangkalian atau kemungkinan. | 1. Pegawai itu mungkin bersinggah di gerai makanan Medan Selera. |
这是真的吗?因为我要抄下来的
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Delete?什么意思
Delete