Kata Bilangan数词
-digunakan untuk menyatakan bilangan atau jumlah sesuatu.
Kata Bilangan | Contoh | Maksud |
Kata Bilangan Kardinal | Sepuluh Dua puluh ribu | Menunjukkan jumlah yang tertentu. |
Kata Bilangan Tak Tentu | Semua Banyak Beberapa Kebanyakan Segala | Menunjukkan bilangan atau jumlah yang tidak tentu. |
Bertiga-tiga Berpuluh-puluh | Menunjukkan himpunan | |
Setiap Masing-masing | Menunjukkan pisahan atau berasingan | |
Separuh Seperlima | Menunjukkan pecahan |
Kesalahan Penggunaan Kata Bilangan
Kata Bilangan | Salah | Betul |
1. Kata bilangan tingkat -tidak boleh digunakan untuk menunjukkan jumlah. | Ayah menanam kedua batang pokok kelapa di kebun. | Ayah menanam dua batang pokok kelapa di kebun. |
2. Kata bilangan tak tentu seperti para, segala dan semua tidak boleh diulang. | Para-para murid dikehendaki beratur di dewan. | Para murid dikehendaki beratur di dewan. |
3. Kata bilangan tak tentu berbagai-bagai dan setengah-tengah ,kata bilangan pisahan tiap-tiap dan masing-masing tidak boleh disingkatkan. | Di pasar malam, berbagai jenis kuih dijual. | Di pasar malam berbagai-bagai jenis kuih dijual. |
4. Kata bilangan tentu satu, tiga dan kata bilangan pecahan tidak boleh hadir serentak. | 1. Saya menunggu bas selama satu suku jam. 2. Harga ikan bawal ialah tiga setengah ringgit. | 1. Saya menunggu bas selama satu jam suku. 2. Harga ikan bawal ialah tiga ringgit setengah. |
No comments:
Post a Comment