Sunday, December 4, 2011

Penjodoh Bilangan量词


Penjodoh Bilangan量词
Penjodoh Bilangan
Digunakan untuk
Contoh
1.angkatan
Kumpulan benda dan manusia.Contoh: kapal perang, penulis, pelukis, tentera, sasterawan
1. Tiga angkatan perang itu telah diserang hendapoleh pihak musuh.
2. Dua orang anggota angkatan
tentera Filipina telah terbunuh dalam kejadian pergaduhan itu
2. baris
Benda atau manusia yang berbaris. Contoh: bangku, kedai,,murid, orang, pokok, rumah,tulisan
1 Tiga baris tulisannya itu tidak dapat dibaca.
2 Sebaris kedai itu telah dicat dengan warna kuning. 
3. batang
Benda-benda yang panjang.
Contoh: sungai, pen, pensel,gigi, berus gigi, tiang, lilin,galah,kapur
 1 Sepuluh batang tiang lampu itu telah condong.
2 Tujuh batang jejari basikal itu telah patah. 
4. bentuk
Benda-benda yang berkeluk.Contoh: mata kail, cincin,subang
1 Karim memancing udang itu denganmenggunakan sebentuk 
mata kail yang halus.
2 Tiga bentuk cincin itu telah berkarat. 
5. bidang
Benda-benda yang luas bidangnya.Contoh: layar, tikar, tanah,sawah, permaidani
1 Sebidang sawahnya telah dijual untuk melangsaikan hutang-hutangnya itu.
2 Dua bidang permaidani itu telah digigit tikus. 
6. biji
Benda-benda yang bersaizkecil. Contoh: buah-buahan, telur
1 Setiap pagi ayah makan dua
biji telur ayamseparuh masak.
2 Pak Mat membawa pulang tiga
biji nangkamuda dari kebunnya. 
7. bilah
Benda-banda yang tajam.
Contoh: pisau, keris, parang
1 Tiga bilah parang yang tumpul itu telah diasaholeh Salim.
2 Shima menyiang ikan itu dengan sebilahpisau. 
8. buah
Benda-benda yang tidak tentu bentuk atau saiznya.
Contoh: kenderaan, bandar,negara, bangunan
1 Tiga buah beg kulit itu dijual dengan hargayang paling murah.
2 Di dalam bilik itu terdapat beberapa buah almari lama. 
9. buku
Benda-benda yang berbukuatau berbongkah. Contoh: sabun, roti
1 Zaidah menghulurkan se
buku roti keras kepadaadiknya.
2 Dia meletakkan tiga
buku sabun itu di dalamalmari. 
10. butir
Benda-benda yang kecilsaiznya dan agak bulat bentuknya.Contoh: telur, manik, permata
1 Adik telah memecahkan dua
butir telur ayamyang terletak di atas rak itu.
2 Dua butir mutiara itu amat tinggi nilainya.
11. carik/cebis
Benda-benda yang telahdikoyakkan menjadi cebisankecil.Contoh: kain, kertas

1 Secebis kertas yang berwarna ungu terletak diatas meja tulis itu.
2 Jururawat itu membalut luka pada tangan pesakit itu dengan secarik kain putih.
12. cucuk
Benda-benda yang dicucuk dengan lidi.Contoh: sate dan buah-buahanyang telah dipotong dankemudiannya dicucuk denganlidi/buluh
1 Di atas meja itu diletakkannya sepuluh cucuk sate.
2 Manan menghulurkan dua
cucuk buah manggaitu kepada adiknya.
13. das
Bunyi tembakan atau letupansenjata api.Contoh: senapang, meriam, pistol
1 Dua das tembakan penembak upahan itu tidak menepati sasarannya.
2 Dari arah bukit itu kedengaran bunyi beberapa das tembakan senapang.
14. ekor
Haiwan atau binatang.
Contoh: ular, kuda, rusa,gajah, kucing, kambing,ungka, zirafah, kanggaru
1 Adik memelihara beberapa
ekor anak ayamserama.
2 Dua ekor kuda itu gagal sampai ke garisan penamat kerana kakinya tercedera.
15. gugus
Benda yang bergugus atau berangkai.Contoh
:
buah anggur, kelapasawit, pulau
1 Tiga gugus buah anggur yang dibeli olehayahnya itu telah busuk.
2 Beratnya segugus kelapa sawit itu ialah 100kilogram.
16. helai
Benda-benda yang nipis danlebar.Contoh: baju, kain batik,tudung, kertas, daun, seluar,selendang
1 Ibu memakai sehelai selendang merah ke majlisitu.
2 Beberapa helai daun kari dimasukkan ke dalam bahan penumis itu.
17. hiris
Benda-benda yang dipotongnipis.Contoh: bawang, daging,tomato, timun
1 Adik meletakkan dua hiris
bawang merah itu didalam piring.
2 Ibu menghulurkan beberapa
hiris timun kepadaayah.
18. ikat
Benda-benda yang berikat.Contoh: rotan, kayu, sayur-sayuran, buah-buahan

1 Dua ikat sayur bayam itu dijual dengan hargaRM1.00.
2 Adik membeli dua ikat rambutan gading.
19. jambak
Contoh: kunci, bunga
1 Aidil menghadiahi tuannya itu sejambak bungamawar.
2 Kassim menggantungkan se jambak kunci ditepi pintu biliknya
20. kaki
Benda-benda yang seolah-olah berkaki. Contoh: payung, cendawan, bunga
1Siti meminta ibu membelikannya sekaki payung.
2 Dua kaki cendawan pelanduk itu telah busuk.
21.kawan
BinatangContoh
:
kambing, burung,kerbau, lembu, gajah, zirafah
1 Sekawan burung merpati terperangkap di dalam jaring yang dipasang oleh pemburu itu.
2 Sekawan kerbau sedang berkubang di tengahsawah itu.
22. kelompok
Benda, manusia, haiwan, bintang, binatang, awan dan pulau yang berkumpul
1 Beberapa kelompok bintang kelihatan di langit.
2 Dua kelompok awan itu kelihatan berarak kesebelah timur.
23. kepal
Benda-benda yang diambildengan genggaman tangan.Contoh: nasi, pulut, beras, pasir 
1 Ibu menyuapkan sekepal 
nasi ke dalam mulutadik.
2 Karim mengambil dua
Kepal pulut kuning itulalu beredar dari situ.
24. keping
benda-benda yang nipis. Contoh: kertas, papan, roti,gambar, biskut, kad
1Dua keping poskad itu diterimanya dua hariyang lalu.
2 Di atas meja tulis itu terdapat beberapa keping gambar ayah Marzuki.
25. kerat
Benda-benda yang telahdikerat-kerat.Contoh: kayu, rotan, buluh, pensel
1 Ayah menggunakan se
kerat rotan untuk memukul anak kucing itu.
2 Dua kerat kayu itu telah reput.
26. ketul
Benda-benda yang berketul.Contoh: batu, air batu, daging
1 Hassan mengambil seketul 
batu lalumelontarkannya ke arah anjing itu.
2 Dua ketul sabun itu berjenama Lux.
27. kotak
Benda-benda yang diisikan didalam kotak.Contoh: mancis, sabun, rokok 
1 Pak Ali menyuruh Salman membelikannyase kotak mancis api.
2 Tiga kotak air minuman itu ialah hadiahdaripada abangnya.
28.kuntum
Contoh: bunga
1 Di sanggul wanita itu terselit se
Kuntum bunga.
2 Dua kuntum bunga mawar itu telah layu.
29. laras
Benda-benda yang berlaras.Contoh: meriam, senapang
1 Perompak tu bersenjatakan se
laras senapang patah.
2 Dua laras meriam lama itu masih tersimpan diMuzium Pulau Pinang.
30. lembar
Benda-benda yang panjang.Contoh: benang, tali
1 Beberapa lembar benang digunakan untuk mengikat pensel itu.
2 Selembar tali rafia tersangkut di dinding bilik itu.
31. naskhah
Contoh: buku, majalah, suratkhabar, kitab
1 Ibu sedang membaca se
naskhah surat khabar.
2 Rokiah melanggan dua naskhah
majalah wanitasetiap bulan.
32. orang
manusia/orang
1 Dua orang  pelancong Jepun itu memujikecantikan Negara Malaysia.
2 Lima orang jurutera tempatan terbunuh dalamkemalangan ngeri jalan raya itu. 
33. papan
Benda-benda yang berkeping-keping.Contoh: petai, mercun
1 Ayah meminta adik menyerahkan dua papan
 mercun itu kepadanya.
2 Kamisah membeli beberapa
 papan petai untuk dibuat ulam. 
34. pasang
benda-benda yang berpasangan. Contoh: kasut, anting-anting,subang, baju
1 Halim membeli sepasang 
but bola berjenama Nike.
2 Dua pasang subang itu bernilai RM5000.00.
35.patah
perkataan
1 Tidak sepatah perkataan pun yang keluar darimulutnya.
2 Anak kecil itu menulis beberapa
 patah perkataan di atas kertas itu.
36. pintu
rumah atau kedai yang panjang dan berbaris.
 1 Tiga pintu rumah kedai itu telah dijual kepadaBank Rakyat.
2 Hartawan itu memiliki beberapa
 pintu rumahsewa. 
37. potong
Benda-benda yang telah siapdipotong.Contoh: kuih, daging, roti
1 Dua potong kuih lapis itu sedang dihurunglalat.
2 Beberapa potong kayu api itu masih bernyala. 
38. pucuk
Rebung, surat, pistol
1 Kakak menerima sepucuk 
surat daripada abangyang sedang belajar di London.
2 Hasnah merebus dua pucuk rebung itu untuk menghilangkan rasa pahitnya. 
39. puntung
Rokok atau kayu yang berlebih daripada yang dibakar 
1 Di atas lantai itu terdapat beberapa puntung 
 rokok.
2 Hassan memindahkanbeberapa
 puntung kayuapi itu ke bawah rumah.
40. rangkap
Benda-benda yang berangkap.Contoh: pantun, syair, sajak,gurindam, seloka
1 Kakak Salmah mengarang beberapa rangkap pantun.
2 Ali tidak faham akan maksud dua rangkap sajak itu.
41. rawan
jaring atau jala
1 Pak Harun mencari ikan dengan menggunakan serawan
jala.
2 Dua rawan jaring itu digunakan untuk menangkap ikan laut dalam.
42. sikat/sisir
Benda-benda yang berbentuk sikat atau sisir.Contoh:pisang
1 Tiga sikat pisang emas itu telah dijualnyasebentar tadi.
2 Dua sisir pisang nangka itu telah dimakan burung.
43. tandan
Buah-buahan yang bertandanatau bergugus-gugus.Contoh: kelapa, pisang
1 Dua tandan kelapa itu berjaya diturunkan olehmonyet itu.
2 Kassim memikul setandan
pisang dariladangnya.
44. tangkai
Benda yang bertangkai.Contoh: bunga, buah-buahanyang bertangkai
1 Kamil memetik setangkai
buah rambutan yangtelah masak itu.
2 Zaidi memetik dua tangkai bunga ros lalumemberikannya kepada Zainab.
45. ulas
Isi buah-buahan.
Contoh: limau, nangka,cempedak, durian
1 Beberapa ulas nangka itu telah dimakan ulat.2 Siti meletakkan dua ulas cempedak itu di dalam piring.
46. untai
Contoh: madah, pantun, syair,sajak 
1 Percubaannya untuk menulis se
Untai madahakhirnya tercapai juga.
2 Tamrin menulis seuntai
sajak di dalam buku catatan hariannya itu.
47. urat
Contoh: benang, rambut, tali
1 Di dalam pinggan nasi itu terdapat seurat benang hitam.
2 Beberapa urat rambutnya telah bertukar warna.
48. utas
Contoh: tali, rantai
1 Pak Seman menggunakan se
Utas tali belatiuntuk mengikat lembu tu.
2 Kakak memakai seutas rantai emas yang barudibelinya itu.

No comments:

Post a Comment