Sunday, December 4, 2011

Kata hubung 连词


Kata hubung 连词
-berperanan untuk menggabungkan kata , frasa dan ayat. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:

A)Kata Hubung Gabungan
Kata hubung gabungan menyambungkan dua ayat yang sama penting kedudukan. 
Contoh:
1.            Dia membuka almari lalu mengambil bajunya.
2.            Roziah mendengar radio sambil menggosok baju.
 
 

B)Kata Hubung Pancangan
Kata hubung pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat kecil.
         Ayat utama                     Ayat Kecil
1. [ Asmah senyum ] kerana [ dia sangat gembira ]
2. Kami akan berhenti menjalani latihan bola sepak jika hujan bertambah lebat.
3. Dia tidak putus asa walaupun dia tidak berjaya dalam temuduga tersebut.
Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
1.            Kata hubung pancangan relatif
2.            Kata hubung pancangan komplemen
3.            Kata hubung pancangan keterangan
 
I. Kata hubung pancangan relatif.
- berfungsi menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil yang lain. Bentuk kata hubung pancangan relatif ialah "yang".
II. Kata hubung pancangan komplemen.
- berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua contoh kata komplemen yang sering digunakan ialah "bahawa" dan "untuk".
III. Kata hubung pancangan keterangan
- berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama. 
Contoh kata keterangan adalah seperti;
"kerana, hingga, kalau, agar, jika, sungguhpun, supaya, apabila".

No comments:

Post a Comment